Tuesday 19 November 2013

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (BAB 3: BIODIVERSITI)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MATA PELAJARAN :  Sains
TINGKATAN             :  2 Bukhari
BILANGAN MURID  :  30 orang
TARIKH                  :  09 Julai 2013
HARI                       :   Selasa
MASA                     :  11.20pagi – 12.10 tengahari (50minit)
TAJUK UTAMA        :  Bab 3-Biodiversiti
SUB TAJUK              :  Memahami kepelbagaian organisma hidup dan pengelasannya                                                              

OBJEKTIF :  Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat:

1.      Menerangkan kepelbagaian organisma hidup dalam satu habitat.
2.      Mengelaskan kepelbagaian haiwan berdasarkan ciri sepunya.
3.      Membezakan ciri-ciri bagi setiap kumpulan haiwan.
4.      Menghargai dan mensyukuri nikmat Tuhan
5.      Bekerjasama dalam kumpulan


PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID : 
Konsep asas tentang kepelbagaian benda hidup telah diperkenalkan dalam sains sekolah rendah

PENERAPAN NILAI : 
Bersyukur,kerjasama, menjaga alam sekitar berdikari.

KBKK : 
Menjana idea, membuat gambaran mental,  menghubungkait, menjelaskan, menghuraikan dan merumuskan.

KEPELBAGAIAN KECERDASAN : 
Kecerdasan interpersonal, kecerdasan visual-spatial.

BAHAN BANTU MENGAJAR : 
Persembahan power point, video,sampul soalan, dan peta minda kosong.


Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Pengenalan/
Pra Pengajaran
( 3 min)
-    Ucapan salam dan selamat
-    bacaan doa.
-   Menyemak kehadiran pelajar.
a.Guru meminta ketua kelas membacakan doa.
Ketua kelas membaca doa sebelum P&P dimulakan.

Set Induksi/
Mencungkil idea
 (10 min)
1.  Menunjukkan video yang berkaitan dengan kepelbagaian
2.  haiwan.
3.  Soal jawab tentang jenis-jenis haiwan yang pernah di lihat.
a.Guru menayangkan video kepada pelajar . Guru mengaitkan dengan tajuk yang hendak dipelajari pada hari ini.


b.Guru mengedarkan kertas  dan meminta murid menyenaraikan 10 benda tentang jenis-jenis haiwan.

c. Guru meminta komen daripada pelajar tentang jenis-jenis haiwan.

a.Pelajar melihat video tersebut dan diminta menyebut pengelasan haiwan dan ciri-cirinya.

b.Murid menyenaraikan 10 benda yang dilihat terdapat dalam video yang di tayangkan oleh guru.
 
c. Beberapa orang murid diminta menyebut nama benda yang
diperhatikan.
Kaedah:
Soal jawab, kenal pasti,mengelas

Nilai:
Kerjasama, menghormati

BBM:
Video.
Langkah 1
(15 minit)
Menstruktur/ Menstruktur semula


1.Pengelasan haiwan
-  Vertebrata 
Contoh : Beruang,katak,Ikan,Burung,Buaya,
- Invertebrata
Contoh :
Rama-rama,cacing,kala jengking, kerang

2.Penerangan oleh guru secara deduktif.(Advance Organizer)
a.Guru akan menerangkan tentang proses pengumpulan dan pengelasan haiwan yang mempunyai ciri-ciri yang sama ke dalam kelas yang sama berdasarkan gambar  dari powerpoint.

                                1. Kumpulan Vertebrata:





b.Guru menerangkan  ciri-ciri haiwan vertebrata dan invertebrata menggunakan slide powerpoint
http://www.slideshare.net/nursyamimimdyazid/pengelasan-haiwan?from_search=6
c. Guru menyoal dan meminta beberapa orang pelajar menjawab soalan di hadapan.
d. Guru memastikan kebolehan pelajar.
a. Pelajar mendengar penerangan guru.

b.Pelajar akan diterangkan tentang proses pengumpulan dan pengelasan haiwan yang mempunyai ciri-ciri yang sama ke dalam kelas yang sama.
c. Pelajar membuat peta konsep tentang pengelasan haiwan serta  berbincang dengan guru
Kaedah:
Penerangan, soal jawab

Nilai:
Menghormati

BBM:
Buku teks, power point,peta konsep

KBKK:
Menilai dan menginterpretasi
Aplikasi Idea
 (10 min)
Langkah 2:
Aktiviti berkumpulan

a.Guru akan membahagikan pelajar kepada 6 kumpulan dan berbincang untuk menerangkan pengelasan haiwan dengan menggunakan peta pokok.





b. Guru memantau sambil membantu pelajar menjalankan perbincangan dalam kumpulan.

a.Pelajar akan dibahagikan kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki untuk melantik seorang ketua.  Setiap kumpulan diberi masa 3 minit untuk membentangkan hasil perbincangan mereka di hadapan rakan-rakan lain.
KB: Menjana Idea

BBM: peta pokok
Langkah 3
(10 minit)
Penilaian.
a. Guru mengadakan aktiviti “POP KUIZ” dengan menggunakan tayangan dari Tv Pendidikan saluran Astro.
http://www.astro.com.my/tutortv/articles/art_10627.html

b. Guru membincangkan jawapan yang betul.

Pelajar dikehendaki menjawab soalan yang di sediakan oleh Tutor Tv.

Jawapan-jawapan akan dibincangkan bersama-sama dengan guru di dalam kelas.

Penutup
 (2 min)
Penutup:
Rumusan keseluruhan mengenai tajuk.
a.Guru merumuskan hasil pembelajaran.
a.Para pelajar memberikan ucapan terima kasih kepada guru.
Nilai:
Bersefahaman Bermuafakat
 

No comments:

Post a Comment