Showing posts with label bab-tiga. Show all posts
Showing posts with label bab-tiga. Show all posts

Thursday, 14 November 2013

3.1.2: Pengkelasan tumbuhan

*Terbahagi kepada dua,tumbuhan berbunga dan tidak berbunga

*contoh tumbuhan tidak berbunga;
- Konifer (pokok tirus)
- Paku pakis
- Kulat
- Lumut


*Tumbuhan tidak berbunga tidak mengeluarkan bunga,buah, dan biji. Ia membiak melalui spora atau belahan dedua.
*Tumbuhan berbunga pula terbahagi kepada dua kelas;
a) Monokotiledon
b) Dikotiledon

*Kotiledon merujuk kepada “bayi” tumbuhan. Ia merupakan bagaimanakah bentuk kepada biji benih yang bercambah.

3.1.1: Pengkelasan Haiwan

Kumpulan haiwan boleh dikelaskan (classified) mengikut persamaan dalam ciri-ciri, sifat dan struktur.
Ciri-ciri yang biasa adalah ciri-ciri yang dimiliki oleh dua atau lebih jenis spesis. Ciri-ciri biasa pada haiwan adalah termasuk kaedah pembiakan, jenis makanan yang diambil, habitat dan ciri-ciri fizikal.
 
HAIWAN terbahagi kepada dua, iaitu VERTEBRATA dan INVERTEBRATA

VETEBRATA ataupun haiwan yang bertulang belakang
Invertebrata pula haiwan yang tidak mempunyai tulang belakang
Bagi setiap vertebrata, anda perlu mengingati ciri-ciri yang ada pada vertebrata tersebut.

MAMALIA
*Haiwan yang melahirkan dan menyusukan anaknya
*Berdarah panas (dapat mengawal suhu badan sendiri)
*menggunakan peparu untuk bernafas
*contoh = kucing

REPTILIA
*Haiwan yang bertelur, bersisik keras
*berdarah sejuk (tidak dapat mengawal suhu badan sendiri)
*contoh = Ular

IKAN
*Haiwan yang tinggal di dalam air
*bertelur dan mempunyai insang untuk bernafas
*berdarah sejuk

BURUNG
*berdarah panas dan bertelur
*mempunyai bulu pelepah

AMFIBIA
*hidup dalam dua alam
*bertelur dan berdarah sejuk
*contoh = katak
(rujuk buku teks untuk mengetahui lebih banyak ciri haiwan)
Manakala invertebrata pula merupakan haiwan yang tidak bertulang belakang
Pengkelasan haiwan mengikut ciri-ciri biasa (common characteristics):
Ciri-ciri haiwan
Contoh
Hidup di dalam air
Ketam, ikan, udang, tiram, sotong, kerang, obor-obor.
Hidup di atas darat
Anjing, ayam, kucing, tupai, tikus, gajah,rusa, harimau.
Hidup di dalam air dan di atas darat
Buaya, katak, penyu, singa laut, memerang.
Membiak dengan bertelur
Ayam, ikan, burung, ketam, itik, angsa, lipas.
Membiak dengan melahirkan anak
Ikan paus, ikan lumba-lumba, landak, tenggiling, kelawar, arnab, lembu.
Herbivor
Arnab, lembu, kambing, zirafah, tupai, siput, belalang.
Karnivor
Singa, harimau, ikan piranha, labah-labah, buaya, ular, katak.
Omnivor
Ayam, itik, kucing, lipas, tikus, beruang.
Badan berbulu rambut
Kucing, anjing, lembu, beruang, kelawar.
Badan berbulu pelepah
Burung, ayam, itik.
Badan bersisik
Ikan, tenggiling, cicak, ular.

Bab 3: Kepelbagaian Biologi


Memahami kepelbagaian organisma hidup dan pengkelasannya

Tuhan menjadikan alam ini dengan berjuta-juta jenis hidupan. Hidupan yang mempunyai ciri-ciri spesifik dan khusus,yang kadang-kadang mempunyai persamaan dan juga perbezaan antara satu sama lain. Dalam bab ini, anda akan mempelajari pengkelasan haiwan dan tumbuhan.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN;

*Memahami kepelbagaian hidupan dan pengelasannya

3.1: PENGELASAN HAIWAN DAN TUMBUHAN

umum kita boleh melihat di muka bumi banyak sekali contoh haiwan dan tumbuhan. Untuk memudahkan kita mengkaji dan mempelajari ciri/sifat suatu hidupan, pengkelasan sangat penting. Pengkelasan dibuat berdasarkan kepada ciri-ciri khusus atau sepunya yang ada pada suatu hidupan.

Habitat merupakan istilah yang digunakan bagi merujuk tempat tinggal semulajadi bagi organisma