Thursday 14 November 2013

3.1.1: Pengkelasan Haiwan

Kumpulan haiwan boleh dikelaskan (classified) mengikut persamaan dalam ciri-ciri, sifat dan struktur.
Ciri-ciri yang biasa adalah ciri-ciri yang dimiliki oleh dua atau lebih jenis spesis. Ciri-ciri biasa pada haiwan adalah termasuk kaedah pembiakan, jenis makanan yang diambil, habitat dan ciri-ciri fizikal.
 
HAIWAN terbahagi kepada dua, iaitu VERTEBRATA dan INVERTEBRATA

VETEBRATA ataupun haiwan yang bertulang belakang
Invertebrata pula haiwan yang tidak mempunyai tulang belakang
Bagi setiap vertebrata, anda perlu mengingati ciri-ciri yang ada pada vertebrata tersebut.

MAMALIA
*Haiwan yang melahirkan dan menyusukan anaknya
*Berdarah panas (dapat mengawal suhu badan sendiri)
*menggunakan peparu untuk bernafas
*contoh = kucing

REPTILIA
*Haiwan yang bertelur, bersisik keras
*berdarah sejuk (tidak dapat mengawal suhu badan sendiri)
*contoh = Ular

IKAN
*Haiwan yang tinggal di dalam air
*bertelur dan mempunyai insang untuk bernafas
*berdarah sejuk

BURUNG
*berdarah panas dan bertelur
*mempunyai bulu pelepah

AMFIBIA
*hidup dalam dua alam
*bertelur dan berdarah sejuk
*contoh = katak
(rujuk buku teks untuk mengetahui lebih banyak ciri haiwan)
Manakala invertebrata pula merupakan haiwan yang tidak bertulang belakang
Pengkelasan haiwan mengikut ciri-ciri biasa (common characteristics):
Ciri-ciri haiwan
Contoh
Hidup di dalam air
Ketam, ikan, udang, tiram, sotong, kerang, obor-obor.
Hidup di atas darat
Anjing, ayam, kucing, tupai, tikus, gajah,rusa, harimau.
Hidup di dalam air dan di atas darat
Buaya, katak, penyu, singa laut, memerang.
Membiak dengan bertelur
Ayam, ikan, burung, ketam, itik, angsa, lipas.
Membiak dengan melahirkan anak
Ikan paus, ikan lumba-lumba, landak, tenggiling, kelawar, arnab, lembu.
Herbivor
Arnab, lembu, kambing, zirafah, tupai, siput, belalang.
Karnivor
Singa, harimau, ikan piranha, labah-labah, buaya, ular, katak.
Omnivor
Ayam, itik, kucing, lipas, tikus, beruang.
Badan berbulu rambut
Kucing, anjing, lembu, beruang, kelawar.
Badan berbulu pelepah
Burung, ayam, itik.
Badan bersisik
Ikan, tenggiling, cicak, ular.

No comments:

Post a Comment