Thursday 14 November 2013

PENGENALAN KEPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB



Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah meningkatkan penggunaan internet di Malaysia. Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), pada tahun 2005 daripada 27juta rakyat Malaysia, hampir 10.04 juta rakyat Malaysia menggunakan akses internet.

Secara umumnya, rangkaian sedunia WWW adalah sebahagian daripada internet dan merupakan satu koleksi besar dokumen yang dikenali sebagai ‘halaman web’. Laman web merupakan integrasi grafik, teks dan bunyi ke dalam satu paparan halaman dan semua bahan berkenaan dapat diakses dengan hanya meng ‘klik’ di hujung jari. Selain itu, laman web juga adalah laman yang mempunyai visual yang unik dan menarik 


Pengajaran dan pembelajaran berasaskan web adalah satu alternatif dan cara baru dalam menyampaikan material pendidikan kepada pelajar. Pada masa kini, dengan kemudahan akses internet yang semakin meluas dalam Bandar mahupun luar bandar, ia menggalakkan lagi penggunaan web sebagai medium penyampaian pengajaran guru di sekolah dan menjadi akses mudah kepada pelajr-pelajar.

Persekitaran berasaskan web juga mendedahkan pelajar dan pengajar kepada perkembangan sihat dan meletakkan bidang pendidikan dalam laluan berkelebihan kerana ia dapat menjana daya kreatif, kemahiran komunikasi, berkolaborasi pdan prkongsian yang lebih meluas antara pelajar dan pengajar dalam memahami konteks pendidikan yang disampaikan

No comments:

Post a Comment